ULTRAS MALAYA KE GELORA BUNG KARNO (BAHAGIAN PERTAMA)

BAHAGIAN PERTAMA
Sekadar nak berkongsi pengalaman trip Ultras Malaya ke Jakarta, Artikel ini saya dah post dari bulan lepas lagi di ultrasmalaya.net tapi disebabkan masalah dengan hosting kami yang membuatkan website kami digantung sementara waktu.

Sebenarnya trip ini tidak dirancang sama sekali, keputusan dibuat setelah pasukan Harimau Malaya mengalahkan Thailand 2-1, terus saya ambil keputusan nekad pergi ke Jakarta walaupun nasib skuad Malaysia ke peringkat seterusnya belum terjamin lagi kerana perlawanan terakhir bakal menemukan dengan tuan rumah Indonesia, tetapi saya yakin dengan Harimau Malaya mampu ke peringkat seterusnya berdasarkan persembahan mengagumkan dengan skuad Gajah Putih. Malam itu terus book tiket flight ke Jakarta yang berharga RM550 untuk return flight, disebaban tak dirancang itu yang aku jual koleksi trainers Adidas Originals kerana memerlukan duit dalam waktu yang singkat empat hari sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir. Perancangan awal saya disertai oleh 2 orang lagi komrad Ultras Malaya yang lain.
 
 
Malam sebelum bertolak, tiba-tiba ramai pula yang mahu turut serta, dari perancangan asal 3 orang telah bertambah kepada 11 orang. 10 orangnya dari komrad ultraSel (ultras Selangor) dan seorang dari budak The Jang (Ultras Nogori). Disebabkan membeli tiket flight saat-saat akhir, ada yang terpaksa membayar harga RM1k-1.5k untuk return flight MAS dan Air Asia. Kedua-dua airlines nampaknya mengambil kesempatan menaikkan harga sata-saat akhir mungkin kerana tahu ramai rakyat Malaysia yang akan terbang ke Jakarta untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno (GBK). Lagipun semasa kami dalam flight ke Jakarta, bukan setakat kami sahaja yang mahu menontan bola di sana, ada lagi beberapa individu dan kumpulan kecil yang lain juga berhasrat ke GBK.
 
 
Atas Faktor keselamatan, kami ke sana tidak membawa nama Ultras Malaya (UM) kerana sememangnya diketahui sangat bahaya jikalau membawa nama “Football Firm” ke negara yang mempunyai penyokong fanatik yang melampau mengalahkan mana-mana firm di Eropah sendiri. Kami ke sana sebagai neutral supporter yang berpakaian “Casual” satu budaya dan gaya pemakaian yang popular di kalangan penyokong bola sepak di Eropah. 
 
 
Kalau anda pernah terbaca tentang budaya penyokong di Indonesia pasti tahu akan sikap taksub mereka terhadap pasukan kesayangan garuda merah mereka juga termasuk kelab-kelab tempatan di Indonesia. Jakmania, Viking, Bonek, Aremania, Snex antara beberapa nama gelaran dan firm penyokong di Indonesia. Sebelum bertolak, kami sempat juga meminta nasihat dari rakan ultras dari seberang yang rajin berforum di salah sebuah lama penyokong Malaysia, beliau dari Surabaya dan merupakan penyokong kuat Persebaya yang mengelar dirinya “Bonek”. Banyak juga panduan dan faktor keselamatan diambil kira dari nasihat beliau. Beliau juga sarankan agar jangan membawa sebarang identiti UM ke dalam GBK seperti mafla, t-shirt, patches dan sebagainya kerana khuatir andai dikesan oleh penyokong fanatik di sana mahupun ultras tempatan, bahaya pasti menimpa.
 
 
Untuk pengetahuan tambahan pembaca, Bonek ini merupakan rival kepada Jakmania iaitu gelaran untuk penyokong Persija Jakarta. Selain Stadium Lebak Bulus, Stadium GBK juga merupakan home bagi Persija Jakarta maka sememangnya budak-budak Jakmania akan ramai sekali berada di sekitar GBK. Viking pula merupakan seteru utama kepada The Jakmania, dan memandangkan Bonek membuat pakatan akrab bersama Viking dan secara tidak langsung mereka juga bermusuh dengan The Jakmania. Perkelahian dikalangan penyokong di Indonesia sering kali mewarnai Liga Bola Sepak mereka. Rusuhan dan pergaduhan sesama mereka sering kali tercetus sehingga adakalanya juga mengakibatkan kematian. Berita mengenai rusuhan penyokong bola sepak di Indonesia adalah lumrah biasa bagi masyarakat di sana. Maka, anda semua boleh ertikan bahaya atau tidak jikalau kami ke sana sebagai ultras, sedangkan kalau dah sebangsa dan senegara pun boleh berbunuhan apatah lagi berbeza negara dan bangsa. Anda boleh dapatkan DVD filem bola sepak Indonesia “Romeo & Juliet” ataupun pun boleh nonton di laman youtube Romeo Juliet Part 1 yang mengisahkan perseteruan dasyat dikalangan penyokong bola sepak di Indonesia, filemnya lebih kurang macam Green Street Hooligans tetapi jauh lebih kejam dan dasyat.
 
360d7-romeo

Poster Filem Romeo Juliet (2009)

Flight kami berlepas dari LCCT Sepang ke Soekarno Hatta Airport pada pukul 7am. Berlepaslah 10 orang komrad UM ke Indonesia. Setibanya dari Kuala Lumpur, tanpa melengah-lengah masa kami bergegas mencari tiket dahulu, tempat penginapan tolak ke tepi dahulu. Salah seorang komrad kami, memakai t-shirt ultras Malaya di airport ketika sedang menunggu ketibaan teksi, lantas diarahkan untuk menanggalkan baju tersebut dengan segera oleh Pak Polisi (Polis) di sana. Pak Polisi siap pesan, “Mas, usah pake T-shirt ini, khawatir jika dilihat pendukung fanatik dan ultras di sini”, jadi terpaksalah budak tu buka t-shirt sarung t-shirt lain. Ambil teksi dan kami terus menuju ke GBK. Setibanya kami di GBK kelihatan begitu ramai umat manusia beratur panjang untuk membeli tiket. Tiket bola sepak di Sukan Sea ni mengunakan sistem tiket harian, maknanya kalau beli sekeping tiket boleh tonton perlawanan sebelah petang dan juga perlawanan sebelah malam . Sebab itulah kami sangat risau tentang tiket kami. Khuatir tiket perlawanan disapu habis oleh penyokong Indonesia di mana pasukan kebangsaan mereka yang bermain sebelah malam pada hari yang sama. Mulanya kami beratur sekali dengan mereka, tapi sebab gaya kami macam orang luar yang dengan beg besar dan camera besar ibarat macam orang luar atau pelancong asing, terus dikesan oleh orang tempatan. Terus diteriaknya “Maling, Maling, Maling” pada kami, jadi terus batalkan niat untuk beratur membeli tiket dan terus beredar meninggalkan kawasan panas GBK.

30b5f-dscn3338copy
Sempat bergambar di KLIA sebelum berlepas ke Jakarta
Kami terus menuju ke Hotel Sultan yang terletak kira-kira 500 meter dari GBK yang merupakan tempat penginapan pemain dan pegawai pasukan Harimau Malaya dan juga atlet kebangsaan Malaysia yang lain. Masa kami banyak dhabiskan untuk mencari tiket sahaja, sesiapa sahaja yang berpakaian seperti kontinjen Malaysia pasti menjadi sasaran kami untuk bertanyakan tiket separuh akhir. Setelah seharian suntuk mencari tiket, akhirnya kami berjaya dapatkannya. Terus bergegas mencari tempat penginapan, tapi malangnya kesemua Hotel 3 stars dan budget hotel telah penuh di sekitar Jakarta, memang pelan asal untuk menginap di hotel murah sahaja, maklumlah bukannya kami pergi bercuti untuk bersuka ria, asal lepas makan, minum mandi dan tidur kami sudah memadai. Lagipun Sukan Sea tengah berlangsung malah lebih teruk lagi apabila pihak penganjur tidak menyediakan perkampungan sukan untuk kontinjen yang datang bertanding. Hanya menyediakan hotel-hotel di sekitar Jakarta untuk penginapan atlet dan pegawai sebab itulah hotel kebanyakannya telah penuh ditempah. Maka nak tak nak, terpaksalah menginap di Hotel Sultan juga yang sememangnya terkenal di Indonesia, dengan bilik berharga RM900++ semalam. Jadi langkah pengjimatan kami sumbat beramai-ramai dalam satu bilik. Nasiblah bilik suite ini mempunyai dua bilik dan ruang tamu yang luas berserta sofa yang besar, jadi tidaklah kami terasa padat seperti di dalam “Tin Sardin”.
 
SONY DSC
Pemandangan Stadium GBK dari kamar kami, 
lihat tidak jauh bukan?
Perlawanan Malaysia vs Myammar pun ramai penyokong Indonesia telah masuk ke dalam stadium walaupun perlawanan Indonesia hanya berlangsung waktu malam. Pemain Malaysia telah di “Boo” sepanjang masa dan sokongan padu rakyat Indonesia tidak berbelah bahagi diberikan terhadap pasukan Myammar. Kami berjaya dapatkan tiket Grandstand Timur yang beharga IDR 250 000 kira-kira RM 87 duit kita, mahal bukan?? kalau di Stadium Bukit Jalil, Grandstand Timur tu ibarat macam Section M, N, O, P dan Q iaitu tempat di mana penyokong tegar Harimau Malaya berada. Atas nasihat rakan Bonek dari Surabaya, kami berpecah kepada beberapa kumpulan dan duduk berselerakan agar tidak cenderung bercakapan sesama kami. Semasa lagu negaraku dimainkan hanya 3 daripada kami berdiri dan yang lain tak berani nak berdiri kerana 99% orang dalam stadium tidak berdiri semasa lagu Negaraku dimainkan. Mereka memukul gendang, menyanyikan lagu “Terang Bulan” iaitu lagu yang dikatakan lagu asal Negaraku oleh mereka dengan mengatakan kita meniru karya asal Terang Bulan kerana melodinya sememangnya sama seperti Negaraku dan meniupkan hon sepanjang lagu kebangsaan kita berkumandang di GBK. Kami bertiga nekad gila dan dengan pantas bangun walaupun orang di sekeliling kami tidak melakukan perkara yang sama. Lagipun aku dan rakan-rakan sudah bersiap sedia kalau terkantoi kami tahu nak gunakan alasan apa untuk menyelamatkan diri. Maaflah tak boleh cerita di sini nanti tak boleh diguna pakai lagi untuk next trip kami ke Indonesia. Tamat sudah perlawanan, syukur ke hadrat Illahi Malaysia menang dengan jaringan tunggal pemain kesayangan pujaan ramai Malaysia iaitu Fakhri Saarani. Setelah tamatnya perlawanan Malaysia, kami mengambil keputusan untuk menunggu berlangsungnya perlawanan Indonesia vs Myammar sejam selepas tamatnya perlawanan Malaysia-Myammar.
 
2c4ef-ganyangmalaysia
T-shirt tertulis dibelakangnya “Ganyang Malaysia” boleh didapati dengan mudah di luar Stadium GBK.
Menjelang sepak mula, stadium GBK hanya dipenuhi sekitar 85%, mungkin kerana lawan Vietnam walaupun semasa perlawanan peringkat kumpulan tiket sold out ketika bertemu dengan Malaysia. Penangan Malaysia sememangnya lagi kuat dari perlawanan separuh akhir mereka sendiri. Perkara paling mengagumkan kami ialah, bagaimana penyokong Indonesia menyanyikan lagu kebangsaan mereka lagu “Indonesia Raya” di dalam Stadium GBK bergema satu stadium, aura nyanyian mereka memang sangat lain, mereka menyanyi penuh semangat dan sangat lantang. Aura yang tidak pernah dirasakan oleh kami walaupun Negaraku dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipenuhi 100 000 penyokong Harimau Malaya. Lagu Indonesia Raya ini versi asalnya berentak perlahan, tetapi penyokong bola sepak mereka menyanyikan secara kuat dan lagi bagus dari versi asal. Lagi satu sorakkan padu penyokong Indonesia berbeza di Negara kita, mereka akan menjerit dan bangun apabila bola bertukar kaki walaupun di kawasan kubu mereka berbanding kita apabila saat mula memasuki kawasan kubu lawan.
 
 
Tamat bahagian pertama. Bahagian kedua dan ketiga (Aksi Final) akan aku post kemudian antaranya termasuk pengalaman dikepung 2 jam oleh penyokong Indonesia dan juga video khas yang sempat kami rakam dari bas

-ARIF-

13 thoughts on “ULTRAS MALAYA KE GELORA BUNG KARNO (BAHAGIAN PERTAMA)

  1. tertarik dengan cerita ttg kes2 pergaduhan di Indonesia. Saya ada rakan dari Bonek Mania, Persebaya. Kami berkawan selepas Kelantan menentang Persebaya dalam Unity cup. Dia byk mnceritakan suasana bola sepak di Indonesia. Mcm yg diceritakan di atas tu, rakan saya tu menceritakan perkara terbaru yg terjadi di Indonesia. Ketika perlawanan antara Persebaya dan Arema kalau x clap. Lepas game, para bonek terlihat ada pnyokong yg menaiki motor dengan nmbor plat dari kwasan kota maling(kwasan arema). Malah pnyokong nie juga memakai bju yg lain dr yg lain.. jadi dia dibelasah sehingga meninggal dunia.. kemudian diketahui yg si mangsa yg meninggal adalah juga bonek mania.. kejadian ni x ptut terjadi di Malaysia. tp cara sokongan rakyat indonesia terhadap bola sepak mmg ptut dicontohi. tgk cara bonek mania bersorak mmg mengagumkan!! Bonek dan Kelantan mmg berkawan. suasana unity cup mmg berbeza dgn suasana ketika malaysia lwn indonesia.. x ada unsur provokasi. pemain kelantan dilayan baik di surabaya. malah ada penyokong kelantan yg memakai baju kelantan ketika di stadium gelora 10 november lalu..

    Like

  2. Setiap negara punya kultur sepakbola masing2..
    saya yakin malaysia juga mempunyai ciri khas dan budayanya sendiri..
    banggalah apa yang telah kalian miliki..!!
    suporter di Indonesia pun masih banyak belajar, bahkan dari negara-negara yang tidak mempunyai budaya sepakbola yang kuat seperti korea dan jepang…!! (club mereka memang terkenal, tapi budaya suporter mereka baru ada sejak 10-15 tahun belakangan ini)..
    sedangkan kerusuhan yang terjadi di negara kami, sudah berlangsung dari berpuluh-puluh tahun lamanya…!!

    Semoga, suatu saat ketika teman2 ultras Malaya ke Jakarta atau ke kota2 lainnya di Indonesia, kita bisa bernyanyi bersama..!!

    Respect from Ultras Persija Jakarta
    http://www.ultra5persija.co.cc

    Like

  3. aku dari The Jakmania klub “Persija Jakarta” sangat menyayangankan sikap Ultras Malaya yang menyanyikan lagu “INDONESIA ITU ANJING” rasis menghina negara kami bukan klub sepak bolak kami, kami menuntut anda ultras malaya untuk meminta maaf di hadapan rakyat Indonsia melalui media maupun secara langsung, kalau tidak kami akan menyerang anda dan akan selalu musuh anda sampai kapan pun . pilahan ada ditangan ultras malaya ….

    Like

  4. Kami menggaris bawahi pernyataan ini(we underline this statement) :

    “Perkara paling mengagumkan kami ialah, bagaimana penyokong Indonesia menyanyikan lagu kebangsaan mereka lagu “Indonesia Raya” di dalam Stadium GBK bergema satu stadium, aura nyanyian mereka memang sangat lain, mereka menyanyi penuh semangat dan sangat lantang. Aura yang tidak pernah dirasakan oleh kami walaupun Negaraku dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipenuhi 100 000 penyokong Harimau Malaya.”

    http://www.jakmud.blogspot.com

    Kami bangga menjad Indonesia !!!! (we are proud to be Indonesian)

    Like

  5. “indonesia itu anjing” kata2 itu adalah rasisme, jika kalian tidak meminta maaf, RASISME DIBALAS RASISME ATAU LEBIH PARAH!!! GARIS KERAS!!, lebih baik kalian lihat di youtube seperti bonek vs aremania, persipura vs persija, wamena vs persija dan viking VS the jak sebelum kau merasakan akibatnya, lihatlah jika indonesia marah itu hanya sebagian belum yang lainnya, jangan remehkan indonesia, KAMU ATAU AKU YANG MATI!!!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s